Saturday, 17 September 2016
bekerja di singapura sebagai machinist tool and die
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
Bekerja disingapura merupakan jalan singkat untuk mendapat gaji yg lumayan bagi malaysian pada umumnya,
Ya, tetapi kebiasaanya shortcut ni akan mempunyai risiko la kan?
Kalau tak semua orang pun nak gaji besar, nak rumah besar, bini besar, haha
Ni semua orang tahu kan , ehemm
Rate pada harini mengikut currency sgd1=rm3.003 bang, so agak berbaloila bekerja disini selama 3tahun aku dah kerja di bedok south, singapore ni,
Jauh bang datang merantau ni bang, dari timur semenanjung ke kota singapura bang, dulu masuk singapore pakai redah je bang dengan tenggiliang buruk saya bang,oh ye, berbalik pada currency, so thats mean kita kalau kita kerja 1tahun di singapura ni,bermaksud bekerja 3tahunla dimalaysia, pasal tiga kali ganda kan? So, xberbaloi ke? Itu belum citer pasal bonos lagi, kebiasaannya minimum 3bulan gaji utk AWS hujung bulan 12, so, kalau gaji kau sgd1500×3bulan gaji,bersamaan sgd4500 kalau convert dah berapa bang? Ramai member kerja 1tahun terus kawen pakai duit bonos, haha
Dalam sektor kejuruteraan disingapura ni dah dikira maju la berbanding negara kita, dari segi pembayaran gaji, benefit,kenaikan gaji dan bonos bagi aku la yg dah bekerja di malaysia selama 3tahun dulu, kat sini saya dah bekerja selama 3tahun lebih sebagai cnc machinist di satu kilang pembuatan sparepart kkapal terbang,
Kat sini aku aku pakai moto je bang nak pergi kerja, senang nak bergerak bang, berbanding dengan public transport, fuh ramai gilak orang bang,
So bayaran VEP untuk moto sgd4 utk 1hari, ini macam tol la, tapi ni bayaran untuk hari bekerja je, sabtu, ahad dengan public holiday free,
Kalau nak jimat bawak bekal dr johor la bang,tak pun masak sendiri bang, haha
Tapi 1 je pesanan aku, korang kalau nak kerja disingapura ni hati kena kuat, tabah nak tempuh jem hari2, bertolak seawal jam 5pagi tu adalah biasa, lepastu balik pkol5 jem rabak lagi, kat company aku ni dah kira okla, 1st shift 7.30 a.m-4.48 p.m, 2nd shift 4.48-2.06 a.m ikut US la katakan, ini comoanay us, itu pasal semua sistem ikut us,so, waktu datang kerja pagi je aku kena hadap jem teruk sikit, balik kerja 4.48 takdela teruk sangat jem bang, kalau 2nd shift lagila tak jem bang, waktu bekerja ni paling penting la bg malaysian yg bekerja disingapura, bukannya 1hari nk kerja bang, pasal nanti hari2 kau akan tempuh jem ni, lain la kalau kau tinggal disingapura, tapi dewa bilik tak tahan bang, sgd600 untuk bilik kecik, huhu
Biasanya malaysian bila bekerja disingapura ni akan bersatu, pada akula, tak kira indian, chinese atau malay,
Sporting beb, kalau bab moto rosak ke, xkira bangsa akan tolong kau nanti, respect malaysian!!
Kalau boleh tu kalau nk kerja disingapura, carila company yg takde PRC bang, pRc ni kira chinaman mali punya,pasal attitude diorang ni dah lain dah compare dengan kita2 ni, orang singapore citizen sendiri pun xsuka diorang ni,
Kalau korang bikers mcm aku ni risikonya tinggi sikit bang, risiko kemalangan jalan raya tu tinggi, yela, kau dah jalan jauh pergi kerja, penat hadap jem lagi, so, dah ramai dah malaysian yang dah kecundang bro, aku pun dah jatuh moto minggu lepas, sakit bro!!
Nasib baik tak teruk,
Okla, malas la nak tulis banyak2, korang bukannya rajin nak baca pon, kikiki
Ok bro!!
Location:
Singapore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment